Trending By: Padin September 20, 2021 @ 6:16pm

Pangkor, Redang, Tioman Dijangka Dibuka Dalam Masa Terdekat

Selepas Pulau Langkawi dibuka kepada orang ramai semenjak 16 September lalu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman pula menjadi antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

“Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

“Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Nancy, Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi kini menjadi penanda aras sebelum kerajaan meneliti keputusan untuk membuka sempadan negara bagi menerima kehadiran pelancong luar.

“Kita mulakan dengan Pulau Langkawi kerana pulau itu mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

“Kementerian sudah gandakan perbincangan dengan pelbagai agensi dan jika berjaya kita akan buka inter state travel (pelancongan antara negeri) sedikit masa lagi.

“Kalau bergantung dengan pelancongan domestik saja kita tidak mampu tapi dengan pembukaan pelancongan antarabangsa dengan Pulau Langkawi akan menjadi projek rintis terlebih dulu untuk Gelembung Pelancongan dengan lengkap dua dos vaksin dan krtiteria lain,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

[UPDATE] BY9 Might Actually Debut!

Wait, what? So you’re telling me BY9 is will actually be true?!

Featured Sun, 14 Aug 2022
Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] Ramai Minta Tips Untuk ‘Push’, Elfira Loy Kongsi Proses Bersalin Anak Kedua – “Ambil Epidural Sebab..”

Mak aih, tenangnya Elfira masa bersalin anak kedua 🥵 Alhamdulillah dipermudah segalanyaa fuhh

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥