Kebenaran Rentas Negeri Tidak Termasuk Dalam Pengurangan SOP- Hishamuddin Hussein

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kebenaran rentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, keputusan mengenai kebenaran rentas negeri ini perlu diteliti terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri sebelum diumumkan kepada umum.

“Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri-negeri yang berkenaan.

“Tapi syor datang daripada menteri bertanggungjawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN kepada 10 SOP berbanding 181 bagi memudahkan orang ramai memahaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelonggaran Rentas Negeri Dalam Tempoh Terdekat – KJ

ARTIKEL BERKAITAN: Lengkap 2 Dos Suntikan, Kerajaan Cadang Beri Kebenaran Rentas Negeri Bertemu Keluarga -TPM

ARTIKEL BERKAITAN:Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin