Categories: #TriviaXTRA

#TriviaXTRA: Karakter Berubah Macam Sesumpah, Boleh Jadi ‘Boyish’ Dan… Ini 3 Perkara Menarik Ramai Tak Tahu Tentang Shila Amzah!

Nurshahila Amir Amzah atau popular dengan nama Shila Amzah merupakan seorang selebriti yang terkenal di Malaysia dan antarabangsa.

Shila mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak berusia sembilan tahun dan menghasilkan album pertama berjudul Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun! Memang hebatlah 👏

Bukan itu sahaja, Shila Amzah pernah merangkul naib juara dalam pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) musim kedua dan turut menjadi juara Singer New Asia pada tahun 2008.

Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh, nama Shila turut terkenal di luar negara seperti China, Singapura dan Brunei yang mengagumi bakat suaranya sehingga hari ini. 😍

Jadi, untuk segmen #TriviaXTRA kali ini, Shila Amzah berkongsi beberapa perkara yang ramai tak tahu tentangnya!

1. Dapat Lesen Kereta Diusia 32 Tahun

Biar lambat, janji ada lesen 😂 Siapa macam Shila jugak? Hehe

“Sha baru sahaja mendapat lesen kereta di usia 32 tahun”

Bestt jadi Sha sebelum ni jadi passenger princess je 😎

2. Seorang Yang Manja Tapi Disangka Garang!

Mungkin memiliki raut wajah yang tegas orang sering beranggapan seseorang itu berpersonaliti garang! No no no jangan cepat judge tau 😂 Shila mengaku dia sebenarnya orang yang manja.

“Saya seorang yang manjahh dan sensitif… orang selalu ingat saya garang!”

Orang yang tak rapat akan cakap garang. Tapi, first impression tak selalunya betul kan?

3. Karakter Berubah Macam Sesumpah?

Sesetengah orang personaliti dia boleh berubah bergantung dengan siapa dia sedang bergaul. Sama juga dengan Shila! Bak katanya dia boleh jadi boyish ataupun pondan haha 🤣

“Saya boyish tapi at the same time boleh jadi pondan 🤣 Dia macam in between dengan PA saya macam boyish sikit, dengan Ubai dia jadi budak-budak”

Haa.. korang teringin nak tengok karakter Shila yang mana boyish ke pondan? 😅

Atiqah Johari