Trending By: SGMS Enal October 9, 2019 @ 2:48pm

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Ketegangan suasana di Kompleks Mahkamah Sepang hari ini kendur seketika apabila 21 ekor burung murai batu menjadi perhatian petugas dan pengunjung apabila unggas ini berkicau ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen sebagai barang kes perbicaraaan seorang lelaki warga Indonesia.

Lelaki berkenaan, Patrum, 51, dihukum penjara 3 bulan dan denda RM30,000 atau penjara enam bulan atas tuduhan cuba menyeludup 23 ekor burung murai batu melalui penerbangan AirAsia di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pada kira-kira 3 petang Sabtu lepas.

Antara barang kes yang dibawa adalah sangkar khas yang dibuat dengan mencantum dua buah bakul.

Murai batu atau nama saintifiknya copsychus malabaricus merupakan hidupan liar dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Spesies ini mendapat permintaan tinggi di Indonesia kerana suaranya serta bulunya yang berwarna warni boleh dijual antara RM1,000 sehingga puluhan ribu bergantung kepada kemerduan suara dan kecantikan bulunya.

Dalam rayuannya, Patrum mendakwa dia tidak mengetahui bahawa perbuatan membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan.

Patrum yang menggunakan visa pelancong memasuki Malaysia menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 60(2) akta berkenaan yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dengan penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Abd Aziz Mohd Yasin manakala Patrum diwakili peguam Zaflee Pakwanteh dan Low Henn Kai.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Feb 2021

Finalis Ada Banyak Benda Nak Kongsi? Celcom XPAX Tampil Dengan Cerita Di Sebalik #AJL35!

Debaran pentas AJL35 kian terasa! Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk korangmerasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35! […]

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Featured Fri, 11 Jun 2021

Dapat Result 5A Untuk SPM 2020? Fuhhh…. PU Riz Nak Bagi Hadiah RM300

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Haris, 26, mengajak mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar […]

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!