Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom June 1, 2018 @ 9:00am

Anda Komited Berpuasa Tapi Berat Badan Naik Juga, Di Mana Silapnya?

Bulan Ramadan Al Mubarak bukan saja mengajar kita menahan lapar dan dahaga. Malah “berpuasa” dalam banyak perkara, misalnya perbuatan, percakapan dan penglihatan.

Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart’ semula rejim mengurangkan berat badan. Tapi bagi sesetengah orang cara mereka berbuka puasa amat menakutkan dengan aneka jenis hidangan diatas meja.

Jadi tidak hairanlah, patutnya makin berpuasa, makin kurus. Ini tidak, makin naik badan dibuatnya. Siapa agaknya yang berdepan dengan masalah seperti disebutkan?

Jika anda salah seorang dari ribuan mangsa gejala ini, anda perlu meluangkan waktu untuk sejenak membaca coretan ini dan menilai kembali perbuatan anda yang menjadi punca kenapa makin berpuasa makin berat badan anda bertambah.

1. Makan berlebihan di saat berbuka

Sesudah melewati belasan jam berpuasa, biasanya seseorang berasa tersangat lapar dan tidak berpada-pada ketika berbuka. Segala jenis hidangan di atas meja, semua ingin dimakan tanpa memikirkan jumlah kalori yang terdapat dalam satu-satu hidangan.

2. Makan terburu-buru

Setelah meminum air dan menjamah sebiji kurma, kita biasanya akan berhenti sekitika bagi menunaikan solat Maghrib, kemudian mempersiapkan diri pula untuk ke masjid.

Tempoh yang terbatas ini membuatkan kita makan secara terburu-buru sehingga mengunyah makanan pun tidak sempurna. Pendek kata makanan yang masuk dalam perut tidak lumat betul.

Untuk pengetahuan umum, mengunyah makanan dengan lambat dapat membantu mengawal berat badan. Makan dengan tertib dan secara perlahan akan memberi laluan kepada hormon tertentu untuk mengirim signal kenyang ke otak.

Jika kamu makan dengan cepat dan terburu-buru, otot perut akan dipaksa untuk meregang lebih besar. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan kegemukan.

3. Malas bergerak

Tidak dapat dinafikan apabila berpuasa anda menjadi kurang aktif dan sering rasa mengantuk. Walhal aktiviti fizikal jika dilakukan ketika berpuasa lebih mempercepatkan proses membakar kalori. Disebabkan itu anda disyorkan melakukan senaman atau aktiviti olahraga dan sebaiknya satu atau dua jam sebelum berbuka.

Foto: Lifehack

4. Makan terus-menerus

Makan secara terus-menerus setelah berbuka, setelah Tarawih dan ketika sahur, menyebabkan tubuh berasa lemah gara-gara kekenyangan melampau. Sebaiknya batasi waktu makan anda untuk ketika berbuka dan bersahur saja.

5. Minum 8 gelas air kosong

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas bersahur
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas berbuka
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Terawih
1 gelas sebelum tidur

Bersederhana

Motivasikan diri untuk kuruskan badan di bulan puasa dengan mengingatkan bahawa tindakan mengawal pemakanan adalah sunnah. Sememangnya, umat Islam dituntut untuk berpada-pada dalam pengambilan makanan. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis:

“Tidaklah yang paling buruk bagi anak Adam dalam memenuhi sesuatu daripada memenuhi perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang membuat tulang rusuknya berdiri. Apabila tidak sanggup, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk dirinya.” (HR. Tirmidzi dan Ibn Hibban)

Mudah-mudahan, matlamat kita untuk kuruskan badan semasa bulan puasa bukan sekadar dicapai untuk cantik. Tetapi turut meninggalkan kesan positif dalam mengelakkan pembaziran wang dan makanan di samping berusaha meningkatkan kesihatan diri.

Foto: Gaya Hidup

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 27 Mar 2019

3 mitos mengenai meroyan yang anda patut tahu

Wanita selepas bersalin dikatakan gagal kawal emosi

Sihat Tue, 16 Oct 2018

Ini 10 Nasihat Yang Dibenci Penghidap Kemurungan. Hati-Hati Ya!

Nasihat yang baik dan menaikkan semangat belum tentu diterima baik oleh penghidap kemurungan.

Sihat Mon, 22 Oct 2018
Featured Mon, 21 May 2018

Detoksifikasi Yang Berlaku Sepanjang Berpuasa Bawa 1001 Kebaikan Untuk Kesihatan Badan

Matlamat berpuasa bukan saja meningkatkan taqwa, malah kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Sihat Sat, 21 Jul 2018

Lupakan Musang King Sejenak, Ini 12 Khasiat Durian Belanda Wajar Anda Tahu

Ia boleh bertindak sebagai agen yang berkesan dan kuat untuk mematikan kanser pada badan.

Sihat Tue, 11 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Cara Yang Betul Kalau Nak Putihkan Gigi Guna Arang

Arang bersifat kasar yang boleh mengikis permukaan gigi, sebab itulah ia berfungsi untuk memutihkan gigi.

Featured Sun, 15 Mar 2020

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Risiko jangkitan lebih tinggi

Sihat Tue, 23 Jul 2019

Badan melengkung, tetanus kekejangan yang boleh membawa maut!

Kalau terpijak paku berkarat, segelah dapatkan rawatan!

Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Sihat Fri, 1 Feb 2019

Cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk pada kulit anda

Sebelum terbentuk, amalkan teknik penjagaan kulit yang betul.

error: Content is protected !!