Acara By: Padin October 2, 2023 @ 4:46pm

TFight Festival 2023 Berlangsung Sukses, Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records

TFight Festival 2023 telah berlangsung dengan gemilang hujung minggu lalu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

TFight Festival 2023 bukan hanya sekadar kejuaraan Muaythai biasa, tetapi juga merupakan upaya besar untuk menggabungkan nilai-nilai masyarakat dengan olahraga.

Sebagai prestasi utama, acara ini dengan bangga memperkenalkan trademark ‘Sukan Patuh Syariah’ dan ‘Fit is Sunnah’, yang merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Kejayaan pertama terlakar dari TFight Festival 2023 adalah ketika acara ini diakui oleh The Malaysia Book of Records apabila persembahan seni bela diri tanpa henti selama 16 jam bermula jam 9 pagi 29 Sepetember dan berakhir pada jam 1.02 pagi 30 September.

Acara ini disertai 11 persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwando, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Negeri Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka .

Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil The Malaysia Book Of Records, Mohd Nazrul Hafizi kepada Presiden Muaythai Terengganu Master Najmi Abdullah. Ini adalah bukti nyata betapa istimewanya acara ini dalam dunia seni bela diri dan kecemerlangan sukan.

“Kami bangga mengumumkan bahawa kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa, sekitar 20,000 orang pengunjung dan pelancong yang hadir untuk menyaksikan dan merasai semangat TFight Festival 2023. Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar.

“TFight Festival 2023 telah menciptakan sejarah dalam dunia Muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga dapat menjadi alat untuk mempromosikan nilai-nilai perpaduan pada masyarakat. Kami berharap bahawa semangat yang diperlihatkan dalam acara ini akan terus memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk hidup sihat, aktif, dan patuh terhadap nilai-nilai yang dianut,” jelas Master Najmi.

Ternyata objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 ini tercapai untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.

Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) pula menyusun atur dua acara iaitu Kejuaraan Amatur Muaythai dan Kejuaraan Amatur Kickboxing yang berlangsung serentak di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Acara utama program ini adalah T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).

Menampilkan nama-nama besar petinju muaythai Malaysia seperti Mohammad Rafi Abdul Manaf (Mat Ropi), Ali Yaakob dan Alif Rakid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

Acara Tue, 30 Oct 2018

Kehangatan Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor Bahru Turut Dirasai Di Booth Hijab & Heels

Sama seperti edisi Jom Heboh sebelum ini, acara ini memang seronok.

Acara Wed, 23 Oct 2019

Bengkel memasak makanan sihat bersama Beko menarik!

Makanan segera yang berkhasiat yang boleh dibuat dengan pantas!

Acara Mon, 8 Jan 2018

Bukan Sebab Bahagia Tapi Stres Sebenarnya Punca Badan ‘Naik’. Ini 6 Buktinya!

“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?” Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan berat […]

Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu