Kita semua dah tahu bahawa sarang burung walet adalah ‘suplemen kecantikan’ yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kecantikan malah kesihatan juga!
Ditenun oleh burung Walet melalui air liurnya, sarang burung yang boleh dimakan ini adalah salah satu ‘tonik’ yang paling popular dalam perubatan tradisional Cina.
Adakah anda peminum tegar air sarang burung ini? Nah! Penulis senaraikan fakta dan kepercayaan yang menarik mengenai sarang burung yang wajib anda tahu.
Dalam perubatan tradisional Cina, sarang burung dikelaskan sebagai tonik. Sebaiknya, ia perlu diambil sebelum makan untuk membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan baik.
Ada yang percaya bahawa warna merah sarang burung adalah berasal daripada darah burung Walet itu sendiri. Ianya tidak benar ya! Warna merah adalah disebabkan oleh pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.
Untuk pengetahuan anda, sarang burung mempunyai kandungan glycoprotein yang tinggi, faktor pertumbuhan dan sifat bertenaga neutral yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Menurut kajian moden, sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis iaitu Epidermal Growth Factor (EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk memperbaiki tisu kulit. Sebab itulah sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda dan rawatan kulit wajah.
Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik.
Bagi anda yang mempunyai anak, mungkin dah boleh mula beri anak anda minum air sarang burung. Ini kerana, sarang burung yang mengandungi protein, asid amino dan mineral berfungsi untuk pertumbuhan sihat.
Dalam perubatan tradisional Cina, penggunaan sarang burung secara berterusan dapat membantu menghalang selesema selain meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang. Sarang burung juga membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Banyak kan manfaat sarang burung ini? Tapi, penulis nak pesan, sebelum anda beli produk sarang burung, anda perlu ambil kira tentang kualitinya, janganlah beli yang tak original! Lain pula jadinya nanti.
Semoga bermanfaat!
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..