Featured By: Fadzlena Jafar April 8, 2020 @ 2:58pm

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Kira-kira 88 peratus pesakit positif COVID-19 di Malaysia tidak menunjukkan sebarang gejala atau sekurang-kurangnya menunjukkan gejala ringan berkaitan novel koronavirus sehingga menyebabkan sukar untuk dikesan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook hari ini, menyatakan COVID-19 kini dikenal pasti menerusi lima tahap yang berbeza.

Bagi tahap satu, seseorang itu positif COVID-19 tetapi tidak bergejala, manakala tahap dua didapati pesakit positif dan hanya bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 tidak menunjukkan gejala menyebabkan segelintir keluar bertemu orang ramai, sekali gus menjadi agen penularan.

“Kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 adalah asymptomatic atau tidak menunjukkan gejala. Mereka ini tidak mengetahui yang mereka menjadi punca kepada penularan wabak COVID-10.

“Tempoh inkubasi COVID-19 adalah 14 hari sebelum menunjukkan gejala, justeru orang ramai dinasihatkan jangan keluar rumah, amalkan penjagaan kebersihan diri, basuh tangan dan lakukan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19, sebelum ini.

Berdasarkan pemerhatian KKM, pesakit yang menunjukkan gejala serius yang berada pada tahap tiga dan empat hanya tujuh peratus.

Pesakit tahap tiga ialah pesakit yang positif dengan radang paru-paru, tetapi tidak memerlukan bantuan alat pernafasan, sementara pesakit tahap empat positif dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga 7 April 2020, Malaysia mencatat keseluruhan 3,963  kes jangkitan dan daripada jumlah itu sebanyak lima  peratus berada pada tahap lima iaitu dalam keadaan serius dengan mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Gambar utama: Kredit AFP/Dibyangshu Sarkar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

familuv Sun, 12 Apr 2020

Talian Kasih 15999 dibuka khusus untuk kes keganasan rumah tangga

Peningkatan jenayah di rumah sepanjang PKP membimbangkan

Featured Thu, 29 Sep 2022

Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Alamak, biar betul status ‘Datuk Seri’ suami Heliza Helmi palsu? Ada bukti menunjukkan tiada dalam sistem istiadat 🤭

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020

Manfaatkan kebaikan telur dengan resipi pantas ini

Beri nilai tambah dengan sayur atau salad

Featured Fri, 17 May 2019
Featured Fri, 31 Mar 2023