Categories: Featured

Anda Dengar Perkataan “Laurel” Atau “Yanny” Dalam Video Yang Telah Viral Ini? Jom Undi

Dah lama rasanya kita tak ada debat di laman media sosial tentang sesuatu perkara yang remeh tapi ia tetap membangkitkan kemarahan.

Yang paling ikonik ialah 3 tahun lalu, di mana sehelai baju dikatakan berwarna hitam dan biru, manakala ramai orang lain kata ia berwarna putih dan emas.

Ingat tak lagi? Small matter saja, tapi perbezaan pendapat telah membuatkan ramai orang rasa tak puas hati kerena mereka berkeras yang tekaan mereka adalah tepat.

Kini ada satu lagi “pergaduhan” yang serupa di Twitter, di mana ada dua kemungkinan yang membuatkan orang-orang yang meneka bingung.

Cuba anda tengok video ini dan dengar perkataan yang disebut. Ia berbunyi “Laurel” atau “Yanny”?

Penulis dengar “Laurel” tapi ada ramai pengguna Twitter yang telah dengar “Yanny”. Ada juga yang berkata mereka dengar “Laurel” pada mulanya, tapi lepas itu mereka dengar “Yanny” pula. Aik? Pelik!

Anda pula bagaimana? Berikan komen tentang apa yang anda dengar.

Ad Ops