Categories: FeaturedOh Lawa

Atasi Masalah Wajah Yang Berjerawat Dengan Buah Strawberi

Anda penggemar buah strawberi? Kalau suka makan, mungkin selepas ini anda boleh jadikan buah ini sebagai agen untuk merawat kulit wajah yang bermasalah jerawat!

Strawberi memang sedap dimakan, lagi sedap dicicah bersama coklat cair. Memang menjilat jari! Tahukah anda, buah ini sangat bermanfaat untuk pelbagai jenis rawatan kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat pada wajah, anda boleh gunakan strawberi!

Kalau anda nak tahu, strawberi mengandungi Salicylic Acid semulajadi. Biasanya, bahan ini dijumpai dalam pelbagai ubat jerawat. Sebab itulah buah ini sangat baik untuk merawat masalah jerawat di wajah!

Anda hanya perlu membuat masker strawberi secara semula jadi yang boleh membantu mengurangkan jerawat degil. Bukan itu saja, strawberi juga kaya dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas!

Untuk membuat masker strawberi, anda memerlukan bahan-bahan seperti:

Foto: Steemit

  • Strawberi
  • Lemon

Caranya:

  1. Campurkan kedua-dua bahan ini, kemudian sapukan secara merata pada wajah.
  2. Biarkan selama 10 minit dan bilas wajah menggunakan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

Sumber: Aliffchannel

tex_admin