Pernahkah anda memiliki anak patung Barbie ketika kecil dahulu? Anak patung yang amat popular dengan kecantikan dan koleksi fesyen mengalahkan supermodel itu menjadi inspirasi kepada ramai kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.
Anda mungkin lebih biasa dengan versi patung wanita berambut kuning keemasan, tetapi sebenarnya sejak pelancarannya pada 1959, Barbie juga pernah berambut hitam!
Sejak beberapa tahun lalu, pengeluar barangan Barbie, Mattel Inc, menghasilkan anak patung ikonik itu dalam pelbagai kaum, budaya, latar belakang dan bentuk badan. Jadi terhasillah patung Barbie dalam pelbagai rupa.
Selain itu, Barbie pernah muncul dengan pelbagai penampilan, bukan sahaja dari segi fesyen, tetapi juga kerjaya.
Setakat ini, Barbie sudahpun menonjolkan lebih daripada 200 pekerjaan. Hal ini kerana pencipta Barbie, Ruth Handler, ingin memberi inspirasi kepada wanita untuk bekerja keras bagi mencapai cita-cita mereka.
Menurut Barbie Media, pada ketika itu pasaran hanya menawarkan anak patung (baby dolls) supaya kanak-kanak perempuan boleh membayangkan diri mereka sebagai penjaga.
Ruth mencetuskan perubahan dengan rekaan patung tiga dimensinya yang boleh dijadikan sebagai ilham bagi kanak-kanak untuk membayangkan diri mereka pada masa hadapan.
Dengan itu, Barbie menawarkan pelbagai pilihan kepada wanita muda dan menunjukkan bahawa mereka bebas dalam memilih kerjaya yang diimpikan, daripada seorang peragawati hingga sebagai pakar bedah.
Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-60, berikut adalah 25 kerjaya terbaik yang pernah dimiliki Barbie.
Sumber: Insider
Kredit foto: Mattel Inc.
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..