Bagaimana anda menyusun jadual harian anak? Sekarang ini jadi satu trend bila anak-anak dibekalkan dengan pelbagai aktiviti bermula saat mereka dilahirkan lagi!
Bayangkan, pagi ke sekolah harian. Petang pula ke kelas mengaji. Ada pula yang sibuk belajar piano, berenang dan aktiviti sosial yang lain. Betapa padatnya jadual harian mereka, kan?
Ya, aktiviti ini bagus untuk meningkatkan tahap dan kemahiran diri anak, tapi kalau terlampau banyak sangat, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka!
Lihat sajalah dari pagi hingga malam, jadual harian anak berlangsung selama 12 jam. Betul-betul dapat rehat pun bila masuk jam 10 malam ke atas.
Purata hari di sekolah kira-kira enam ke tujuh jam. Tapi jika ibu bapa bekerja, anak-anak akan dihantar ke pusat jagaan atau taska. Di situ, ada aktiviti lain yang bagus untuk perkembangan anak.
Tak cukup dengan itu, kanak-kanak juga digalakkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu aktiviti di luar sekolah.
Bila di rumah, mereka perlu siapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu pula. Ini bermakna 12 jam anak tanpa henti melakukan semua aktiviti ini.
Pasti anda akan terfikir perkara itu. Tapi anda tahu kenapa ia memburukkan kesihatan anak-anak? Jom kita bincang dari pendapat pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) sendiri.
Terdapat beberapa kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat. Berikut antara tiga hasil negatif itu:
1. Lelah dan bosan: Pakar Pediatrik, Dr Deb Lonzer mengatakan jadual harian anak yang terlalu padat biasanya akan membuatkan kanak-kanak itu tidak dapat tahap pemakanan yang baik, cepat letih dan tiada kawan. Selain sukar untuk menghadam ilmu.
2. Kurang masa bersama keluarga: Sekolah dan kerja rumah memang penting. Selain itu, mungkin extra kurikulum di sekolah. Tapi bagaimana pula dengan masa rehat bersama keluarga? Menurut Dr Deb, kanak-kanak yang ada jadual harian terlalu padat tiada masa bersama ahli keluarga.
3. Ibu bapa juga turut rasa penat: Jadual kanak-kanak ini kadang-kadang sukar diuruskan. Jadi, pengorbanan keluarga harus seiring jika ingin melihat anak-anak berjaya di masa hadapan mereka.
Sumber: The Asian Parent
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..