Categories: FeaturedOh Lawa

Cantik persis heroin Hindustan, jom lihat tutorial solekan Zahirah MacWilson

Kejelitaan aktres tanah air, Zahirah MacWilson tidak perlu disangkal lagi. Memiliki kulit wajah yang mulus dan cantik, maka tidak hairanlah setiap gaya penampilan gadis kacukan itu mencuri tumpuan ramai.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza pada tanggal 20 Februari lalu, hari bahagia pasangan itu berlangsung dengan penuh gah dan indah.

Paling mendapat perhatian umum sepanjang majlis bahagia pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung semestinya kecantikan Zahirah yang begitu terserlah seri pengantinnya.

Ditambah pula dengan sentuhan solekan daripada jurusolek profesional, penampilan pelakon yang pernah membintangi drama Mencintaimu itu ternyata memukau mata yang memandang.

Memilih solekan semula jadi ketika majlis akad nikah dan resepsi, ramai yang tertarik serta terpegun dengan solekannya pada majlis yang berlangsung.

Turut mencuri tumpuan pastinya konsep Bollywood yang digayakan pada malam berinai yang berlangsung sehari sebelum majlis akad nilkah di Quill Convention Hall, Quill City Mall.

Memilih jurusolek tempatan, Nurul MF untuk menatarias wajahnya pada hari tersebut, Zahirah yang anggun dengan persalinan tradisi Lenhenga berwarna merah rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini tampil cantik bak heroin Bollywood dengan solekan smokey glam Bollywood.

Gaya glamor Bollywood diserlahkan di bahagian mata dengan solekan smokey menggunakan pembayang mata campuran rona hitam, warna coklat gelap dan warna tanah yang lebih cerah. Nurul MF turut mengaplikasikan bulu mata, glitter serta lukisan eyeliner bagi menaikkan elemen glam serta memberi efek yang lebih dramatik.

Dilengkapkan lagi dengan penggunaan pemerah pipi dan gincu bibir berwarna semula jadi, menjadikan keseluruhan solekan glam Bollywood itu nampak lebih cantik dan menyerlah.

Bagi gambaran yang lebih jelas, jom lihat video tutorial solekan smokey glam Bollywood yang dikongsi menerusi akaun Instagram @caryacosmetics.

Ad Ops