Categories: FeaturedSihat

eBay ‘Remove’ Produk Pemutihan Gigi Daripada Terus Dijual Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser

Baru-baru ini, pihak eBay telah menyekat penjualan kit pemutihan gigi daripada terus dijual di laman sesawangnya.

Produk tersebut dikatakan boleh membuatkan mulut dan tekak terbakar sekaligus boleh menyebabkan kanser!

Kit pemutihan gigi tersebut mengandungi bahan-bahan aktif berbahaya dan telah dijual secara haram di Australia. Produk tersebut mengandungi sehingga 44% carbamide peroxidedan dan 9% hydrogen peroxide.

Untuk pengetahuan anda, kepekatan hydrogen peroxide yang lebih besar daripada 6% dan tahap cabamide peroxide lebih daripada 18% dianggap sebagai ‘racun’ oleh pihak Australia Poisons Standard. Ia sepatutnya tidak boleh tigunakan oleh sesiapa selain pakar pergigian.

Foto: DailyMail

Menurut jurucakap eBay, pihak mereka telah menyedari hal tersebut dan mengambil keputusan untuk menyekat penjualan produk tersebut. 

“Keselamatan pengguna adalah sangat penting bagi eBay,” jelas jurucakap itu.

Therapeutic Goods Administration mengatakan bahawa kit pemutihan gigi dianggap kosmetik dan tidak memenuhi definisi peranti perubatan.

Profesor Laurence Walsh, dari University of Queensland memberitahu bahawa rata-rata produk pemutihan gigi yang dijual di pasaran sebenarnya tidak berkesan.

Antara jenis rawatan penutihan gigi adalah seperti:

Arang aktif

Foto: Rojak Daily

Profesor Walsh tidak mengesyorkan penggunaan arang aktif pada gigi kerana ia tidak dapat membersihkan ruang di antara gigi. Malah, penggunaan yang kerap juga boleh merosakkan enamel gigi.

Produk LED

Foto: Family Dentist

Produk-produk LED untuk memutihkan gigi tidak berkesan kerana ia tidak mengandungi cahaya atau ramuan yang betul dalam gel untuk memutihkan gigi.

Baking soda

Foto: Klik Dokter

Baking soda yang biasa digunakan sebagai bahan DIY untuk memutihkan gigi sebenarnya boleh menggaraskan kekotoran pada permukaan gigi.

Jadi, pada anda yang nak putihkan gigi, dapatkanlah rawatan daripada doktor pakar bukan beli produk-produk yang anda sendiri tidak tahu tentang tahap keselamatannya. Hati-hati!

Sumber: TheNewDaily & Daily Mail

tex_admin