Categories: FeaturedOh Lawa

Kerana wanita itukan bunga…Hanami tampil rekaan bermotifkan flora Jepun

Wanita dan bunga, mana mungkin boleh dipisahkan? Apa lagi wanita itu sendiri adalah perlambangan bunga.

Memahami keinginan wanita, jenama tudung sedia pakai terkenal, Hanami menampilkan koleksi Hanami Lebaran 2020 eksklusif yang diinspirasikan daripada corak flora Jepun.

Menariknya, koleksi ini didatangkan dalam pelbagai corak berlainan sama ada potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia dipakai dan banyak lagi.

Secara tidak langsung, memudahkan hidup anda tanpa perlu memikirkam cara melilit tudung untuk menyempurnakan penampilan buat wanita berhijab.

Koleksi ini diinspirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini.

 

Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami terlebih dahulu membuat banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D), untuk mengetahui corak permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia dipakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna.

Berdasarkan R&D itu pasukan rekaan Hanami menemukan kesimpulan bahawa pengguna semakin menghargai dan mencintai rekaan daripada koleksi flora yang digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia dipakai.

Konsep itu memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah di samping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.

Koleksi Hanami Lebaran 2020 ini boleh didapati pada harga RM69 sehingga 89 sahaja. Boleh layari laman https://hijabsbyhanami.com.my/ untuk melihat koleksi mana yang berkenan di hati

Yanie Baharom