Categories: FeaturedGaya Hidup

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Kulit wajah adalah antara aset utama wanita dan perlu diberi perhatian agar ia kekal cerah, tegang serta lambat mengalami penuaan. Sehubungan itu, rutin penjagaan penting untuk diamalkan dengan betul supaya anda dapat melestarikan kulit sebaik mungkin.

Empat langkah asas penjagaan wajah yang wajar dilakukan:

Keempat-empat langkah ini mempunyai kepentingan tersendiri terhadap kulit wajah manusia. Walaupun ia kelihatan seperti satu langkah mudah, namun jangan sekali-kali diabaikan kerana langkah ringkas ini berupaya memelihara kulit anda daripada dimamah usia dengan cepat.

  1. Membersih
  2. Penyegar
  3. Serum
  4. Pelembap

Mencuci wajah

Pencuci wajah sama ada anda menggunakan bahan yang sifatnya berbuih atau cecair likat, ia berfungsi membersihkan liang halus pada wajah yang mungkin dihinggapi partikel asing yang berterbangan di udara ketika anda melakukan aktiviti di luar rumah setiap hari.

Penyegar

Selepas membersihkan kulit wajah, liang atau pori-pori kulit terbuka dan ia perlu dilindungi dengan menyapu penyegar pada wajah supaya ia tidak berterusan terbuka dan menjadi tadahan benda asing yang berterbangan dalam udara.

Serum

Langkah ketiga ialah memakai serum pada kulit bertujuan membaja kulit dengan ‘makanan’ bersesuaian supaya ia kekal sihat dan bersinar.

Pelembap

Paling akhir, sapukan pelembap supaya kulit tidak rengsa akibat hawa mahupun cuaca sekeliling kerana kulit bersifat ‘rapuh’ dan mudah rosak sekiranya tidak diladeni dengan betul.

Selebihnya apa yang perlu dilakukan ialah kurangkan pengambilan makanan berminyak atau berlemak dan lebihkan makanan yang membawa manfaat kepada kulit seperti buah-buahan dan sayuran.

Kehalusan kulit wajah Wany Hasrita hasil penjagaan rapi sejak usia belasan tahun. Foto: NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM.

Antara selebriti tanah air yang memiliki kulit bersih dan mulus ialah Wani Hasrita. Hijab & Heels berpeluang bertanya kepada Wani apakah rahsia rutin kecantikan yang diamalkannya untuk penjagaan kulit.

Itu adalah rutin penjagaan kulit wajah Wany Hasrita yang juga boleh diamalkan oleh anda, namun ada pelbagai langkah yang boleh dilakukan dan tidak semestinya tertakluk seperti apa yang dilakukan penyani ini. Ada banyak cara boleh dilakukan untuk memastikan kulit sihat dan tampak bermaya. Tepuk dada tanya selera kerana pastinya hanya anda yang mengetahui apa yang terbaik untuk kulit wajah dimiliki.

Lima panduan ringkas yang bermanfaat terhadap kulit anda:

  1. Basuh wajah dengan air sejuk – ia dikatakan berupaya menegangkan kulit.
  2. Pupur kulit dengan bahan semula jadi yang ada di dapur anda – oat, susu, madu dan kulit pisang boleh dijadikan bahan pupur bebas kimia.
  3. Lap wajah dengan lembut, cukup sekadar pedap sahaja tuala pada kulit wajah dan jangan sental kerana tindakan berkenaan akan menyebabkan minyak semula jadi pada kulit hilang.
  4. Gunakan kapas lembut yang disapu dengan telur putih untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah.
  5. Gunakan uncang teh untuk merehatkan dan menghilangkan lingkaran hitam pada mata.
Shaidah Shafie