Categories: FeaturedOh Lawa

Leceh nak ‘maintain’ tudung manik? Ini cara penjagaan yang betul dan berkesan

Seiring dengan peredaran masa, pemakaian tudung juga mencipta revolusinya tersendiri dengan kemunculan variasi bentuk, jenis, warna dan rekaan tudung yang cukup menawan. 

Hijab & Heels pasti wanita di luar sana mempunyai banyak koleksi tudung memenuhi gerobok anda termasuklah yang mempunyai hiasan manik, batu permata dan labuci.

Tudung yang mempunyai manik dapat menambah seri tudung dan cantik dipakai selain menyerlahkan lagi gaya anggun si pemakai. Bagaimanapun, tidak dinafikan agak leceh atau sukar untuk menjaga tudung jenis ini.

Bertepatan dengan cita rasa wanita hari ini, Hijab & Heels berkongsi video eksklusif cara penjagaan tudung manik oleh pemilik jenama hijab Scarvulous, Rabiatul Adawiah Saadon. Jika anda mengaplikasi teknik yang diberikan, pasti warna tudung anda tidak kusam dan paling penting, manik tudung anda kelihatan berkilau seperti baru dibeli.

Menariknya, Adawiyah turut menunjukkan teknik untuk melakukan cucian kering atau dry clean di rumah. Semoga bermanfaat!

Ad Ops