Categories: FeaturedOh Lawa

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Ada masanya yang kita kononnya terlupa untuk tanggalkan makeup dan bersihkan muka sebelum tidur (padahal sebenarnya malas).

Seorang wanita dari England, Theresa Lynch, memang ada habit sebegini setelah memakai makeup mata tebal selama 25 tahun. Kalau cuci pun, dia tak buat betul-betul.

Lama-kelamaan dia mula merasa tanda-tanda sakit seperti matanya berair, pedih dan bengkak.

Setelah diperiksa oleh pakar mata Dr Dana Robaei, dia mendapati bahawa ada banyak ketulan-ketulan keras yang telah timbul di belah dalam kelopak matanya.

Eee! Tengoklah gambar ini!

Foto: Caters News Agency

Katanya kepada akhbar Daily Mail, biji-biji tersebut terbenam begitu dalam di dalam kulitnya hingga partikel-partikel baru akan mula timbul di atasnya.

“Saya rasa tak selesa langsung. Kelopak mata saya rasa berat dan bengkak kerana saya biarkan mascara pada bulu mata begitu lama.”

Foto: Caters News Agency

Dr Robaei berkata, setiap kali Theresa kerdipkan mata, ketulan itu akan berlaga dengan permukaan biji matanya dan secara tak langsung memberi risiko hebat kepada penglihatannya.

Sekiranya matanya tercalar, dan luka tersebut kemudian dijangkiti kuman, ada potensi untuk Theresa buta terus.

Wanita ini telah melalui surgery selama 90 minit untuk membuang segala ketulan di bawah kelopak matanya, tapi kerosakan itu telah tinggalkan parut kekal.

Foto: Caters News Agency

“Saya dulu gemar pakai makeup tebal, tapi akhirnya tak cuci muka. Saya tak patut biarkan tabiat ini melarat,” kata Theresa.

Kes ini patut menjadi sebuah peringatan kepada semua orang untuk betul-betul tanggalkan kesemua makeup di muka setelah dipakai. Gunakan makeup remover yang efektif, ya!

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops