Categories: Eat TravelFeatured

Resipi puding buah naga susu yang sedap dan mudah

Buah naga adalah buahan tropika yang mengandungi vitamin B3, vitamin C, serta kaya dengan asid lemak dan fosforus. Buah naga mempunyai banyak manfaat antaranya membantu meningkatkan kesihatan jantung, menstabilkan tahap gula dalam darah dan mengurangkan risiko kanser.

Kredit gambar: Lanni Orchards

Selain itu, buah eksotik itu juga berkhasiat untuk kecantikan kerana mampu merawat jerawat, anti penuaan dan mencerahkan kulit. Buah naga juga bagus untuk sistem penghadaman dan membantu meningkatkan sistem imun.

Selain sedap dinikmati begitu sahaja, rasa buah naga yang manis juga enak dibuat jus minuman, koktel, kek, bubur, onde-onde, ais krim dan banyak lagi mengikut kreativiti dan citarasa.

Jika anda mencari resipi yang mudah untuk disediakan pada hujung minggu, apa kata anda cuba resipi puding buah naga susu perkongsian pemilik akaun Facebook Nurhayati Abd Malek.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Untuk resipi puding buah naga ini, Nurhayati menggunakan loyang bersaiz 7 inci. Jom lihat resipi mudah puding buah naga susu yang enak dan berkhasiat ini.

Bahan yang diperlukan:

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

  • 1 biji buah naga (isi merah)
  • 20 gram agar-agar bertali (1 paket)
  • 750 ml susu cair
  • 750 ml air kosong
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan mengikut citarasa)

Cara penyediaan

1. Kupas buah naga dan potong kiub atau kecil. Ketepikan dahulu.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

2. Sementara itu, masukkan agar-agar ke dalam air dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

3. Setelah agar-agar hancur, masukkan susu cair dan gula.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

4. Kemudian kacau sehingga adunan larut dan sebati. Pastikan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

5. Seterusnya, masukkan buah naga dan kacau.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Puding buah naga susu sedia untuk dinikmati. Enak dihidang sejuk, rasa puding buah naga susu memang menyegarkan dan pasti digemari seisi keluarga.

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek

Ad Ops