Categories: Eat TravelFeatured

Resipi sotong bakar sumbat udang ala Thai. Memang terlajak sedap!

Bagi penggemar makanan laut terutama yang suka menikmati sotong, apa kata anda cuba resipi sotong bakar sumbat udang ala Thai ini. Resipi dari negara jiran itu amatlah mudah disediakan dan paling penting, sedap dinikmati bersama sos cili hijau manis ala Thai yang gerenti menjilat jari.

Foto: Starving Time

Bahan yang digunakan untuk resipi ini terpulang kepada anda, bergantung  kepada kuantiti dan saiz sotong juga. Kalau dapat sotong yang gebu pasti akan menambahkan lagi selera seisi keluarga! Resipi sotong sumbat udang ini enak dihidang ketika panas. Selamat mencuba!

Bahan:

Sotong bersaiz besar
Isi udang
Telur

Bahan sos:

Cili padi/cili hijau
Gula
Garam
Cuka makanan
Bawang putih
Bawang merah

Bahan kisar untuk inti:

Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan hiasan:

Daun ketumbar 

Langkah penyediaan:

Cara untuk membuat inti adalah dengan menghancurkan isi udang yang digaul dengan telur bersama-sama bahan kisar. Kemudian, sumbat ke dalam sotong. Anda perlu menggunakan lidi untuk menyucuk bahagian badan sotong dan kepala agar isinya tidak terkeluar.

Foto: Starving Time

Langkah seterusnya, bakar sotong sumbat udang di atas api sederhana. Apabila sotong sudah masak, kelar sedikit sotong berkenaan, tapi jangan sampai putus. Cara membuat sos pula adalah dengan mengisar kesemua bahan sos tadi. Goreng seketika atas kuali dan biarkan gula cair.

Akhir sekali, tuangkan sos ke atas sotong sumbat dan hidangan ini siap untuk dinikmati. Selamat menjamu selera!

Kredit: Resipi Viral Terbaik

Ad Ops