Terdapat pelbagai cara dan jenis rawatan untuk menghilangkan masalah kelemumur. Ada yang menjadi, ada pula sebaliknya.
Yang pasti kewujudan kelemumur memang merengsakan kerana membuatkan kulit kepala berasa amat gatal.
Siapa yang ada masalah ini, pasti berasa tidak selesa ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah-sanak saudara, semalam pada hari raya pertama bukan?
Apatah lagi, Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agak berbeza hanya hari pertama dibenarkan menziarahi keluarga, sudah pastilah dari pagi sampai ke malam, sebolehnya semua rumah keluarga ingin dikunjungi.
Berbalik kepada anda yang mengalami masalah kelemumur, mungkin boleh cuba petua yang dikongsi ini sebagai penyelesaian masalah anda.
Bahan:
2-5 sudu garam bukit
Syampu
Shower cap
Caranya:
1. Tuang syampu dalam mangkuk, campurkan dengan garam. Gaul sebati.
2. Basahkan rambut, syampu rambut macam biasa sambil urut kulit kepala. Sapu ramuan ini pada bahagian kulit kepala yang berkelemumur atau berminyak. Gosok perlahan-lahan.
3. Bila dah selesai urut kulit kepala, pakai shower cap. Kalau tak ada shower cap, ikat atau sanggul rambut. Biarkan ramuan ini meresap antara 5 ke 10 minit.
4. Akhir sekali, bilas rambut sampai bersih. Lap rambut separuh kering, sapu serum pada hujung rambut. Lap rambut jangan kasar, sebab nanti rambut jadi pecah dan bercabang.
5. Campuran garam dan syampu juga dapat atasi masalah kulit kepala gatal. Kulit kepala akan rasa segar dan tidak berminyak.
Nota: Amalkan syampu rambut dengan campuran garam ini seminggu dua kali untuk hasil yang menakjubkan. Rambut pun lebih kuat!
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?