Gaya Hidup By: Ad Ops November 11, 2018 @ 12:00pm

6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Pas Unlimited Untuk Perkhidmatan Bas & Keretapi Malaysia

Minggu lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membentangkan bajet bagi tahun 2019 di Parlimen.

Salah satu pengumumannya telah menarik minat ramai rakyat Malaysia kerana ia berkaitan dengan peruntukan wang bagi pengangkutan awam di negara ini.

Menurut laporan, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM240 juta setahun bagi pas bulanan tanpa had bernilai RM100 setiap satu untuk pengguna perkhidmatan keretapi dan bas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah bercakap di sebuah sidang media tentang hal ini; teruskan baca untuk ketahui lebih lanjut.

1. Buat masa ini, perkhidmatan komuter KTM tak termasuk

Ada dua jenis pas yang ditawarkan:

  • Pas bulanan tanpa had bernilai RM100 untuk perkhidmatan keretapi dan bas Rapid
  • Pas bulanan tanpa had bernilai RM50 untuk perkhidmatan bas Rapid sahaja

Pas-pas ini boleh digunakan untuk semua perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorail dan bas Rapid di Lembah Klang. Namun begitu, perkhidmatan komuter KTM tidak termasuk.

Kata Anthony Loke, “Perjalanan komuter KTM adalah lebih jauh; jadi ia akan menelan belanja lebih tinggi. Ia juga menggunakan sistem tiket yang berlainan daripada Rapid.

“Walau bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kos perkhidmatan komuter KTM dan ini akan diumumkan nanti.

“Semestinya, pelan jangka panjang adalah untuk mengintergrasikan sistem KTM komuter dengan Rapid.”

2. Anda boleh mula mendaftar untuk mendapatkan pas ini pada Disember 2018

Menurut The Star, Anthony berkata kementerian pengangkutan berharap untuk melancarkan pas ini pada awal bulan depan. Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Foto: My Rapid

3. Pas bulanan ini boleh dibeli bermula daripada 1 Januari 2019

Bermula jam 12.01 pagi pada hari pertama tahun 2019, pengguna pengangkutan awam Malaysia boleh mula membeli pas tanpa had ini.

Daftar dulu pada bulan Disember, dan pada bulan Januari 2019, anda dah boleh beli dan pakai pas tersebut.

4. Pas ini boleh bertahan selama 30 hari

Ia tak semestinya mengikut tarikh 1 hari bulan tapi sebaliknya ia boleh digunakan pada bila masa saja.

“Contohnya, jika seorang pengguna mula menggunakan pasnya pada 5 November, itu bermakna tarikh terakhir ia boleh digunakan adalah pada 4 Disember,” tambah Anthony.

5. Hanya warganegara Malaysia saja yang layak untuk menggunakan pas ini

Kedua-dua pas RM100 dan RM50 boleh dibeli dengan menggunakan sama ada MyKad untuk rakyat biasa atau MyTentera untuk anggota tentera. Pembelian boleh dibuat dengan kemudahan Touch N’ Go.

Sementara itu, pemegang kad MyKid yang berumur di antara 7 dan 12 tahun boleh membeli pas ini menerusi ibu bapa mereka.

Foto: Harian Metro

6. Pas ini boleh dibeli di semua stesen MRT dan LRT

Selain itu, anda juga boleh dapatkannya di 4 hab bas iaitu di Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan terminal Kajang.

Wah, syoknya! Kuranglah sikit beban kewangan bagi mereka yang kerap menggunakan servis keretapi atau bas.

Anthony berkata lagi yang 45% daripada pengguna keretapi Rapid dan 100% pengguna bas Rapid dijangka akan menikmati keuntungan daripada pas-pas ini. Seramai 200,000 orang rakyat Malaysia juga dijangka akan menggunakannya.

Adakah anda akan mengambil peluang kelonggaran yang telah diberikan ini?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2019
Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Dah Lama Berkahwin Tapi Masih Belum Ada Anak? Cuba 4 Teknik Rawatan Kehamilan Ini

Dengan adanya kemajuan teknologi dalam bidang perubatan, ternyata ia telah menyediakan pelbagai alternatif rawatan kesuburan yang boleh membantu proses kehamilan.

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Ketagihan Minuman Coffee Cup Boleh Menyebabkan Kanser? Ini Sebabnya!

Acrylamide adalah bahan kimia yang digunakan terutamanya dalam proses perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna dan plastik.

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Kaki Kejang Semasa Hamil? Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang.

Gaya Hidup Tue, 26 Feb 2019
Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Gaya Hidup Thu, 27 Sep 2018
Featured Thu, 8 Aug 2019
Featured Mon, 8 Jan 2018

6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah. Agak-agak […]