Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 27, 2022 @ 4:56pm

‘Konsert 30 Generasiku’ OAG Selit Elemen Ketuhanan, Radhi Dedah Belum Mahir Baca al-Quran

Band indie terkenal, Old Automatic Garbage (OAG) hangat menjadi perbualan terutamanya selepas melakukan persembahan gah pada Konsert OAG 30 Tahun Generasiku berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Ahad lalu.

Selepas semua penonton resah menanti kehadiran band kegemaran mereka hampir satu jam, kumpulan itu muncul pada jam 9.40 malam.

Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali memulakan persembahan dengan membaca doa serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW bersama peminatnya yang hadir.

Difahamkan konsert ini adalah untuk meraikan 30 tahun OAG yang mula menapak dalam industri seni pada tahun 1992 serta untuk menghargai peminat setia mereka.

Dianjurkan oleh BSX Boz dan Kongres Muzika Malaysia, OAG mendendangkan lebih 30 lagu dimulakan dengan Beautifool dan diakhiri dengan lagu hits mereka, Generasiku.

Rangkaian lagu popular lain seperti Slumber, NowWhy2, Venusia, Dayang, Permysuri, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan banyak lagi membuatkan peminat kembali mengembara ke zaman lalu untuk menyanyi bersama OAG.

Sepanjang konsert berlangsung, Radhi OAG banyak memberi pesanan kepada peminatnya untuk sentiasa mengingati Tuhan sebagai Pencipta dan Yang Maha Berkuasa.

Di kesempatan itu, Radhi turut berkata segala yang terjadi dalam kehidupannya adalah kehendak Tuhan Maha Esa.

“Ingatlah, konsert ini tak akan terjadi tanpa Dia. Rajinkan berselawat, zikir dan membaca Al-Quran.

“Sejujurnya, saya masih belum mahir membaca membaca al-Quran. Masih belajar, doakan saya Insya-Allah,” katanya.

Semasa konsert juga, Radhi menyebut nama band OAG dalam bentuk ketuhanan iaitu Only Allah Greatest (OAG) sebagai tanda mengagungkan Yang Maha Esa.

Kredit foto: Kosmo, BH, Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Mia Ahmad Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah Mia dan suami!

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Amyra Rosli Dan Azhan Rani Dimaki Bertubi-Tubi?

Kena maki pun takpe, yang penting Nur 2 meletop! Tak Gitu?

Trending Mon, 28 Jun 2021
Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Teruja Bawa Watak Rashid Sidek, Kim Azzim Anggap Filem ‘Sentuhan Wira’ Sebagai Pencapaian Besar Dalam Karier

Bakal membawa watak legenda badminton Datuk Rashid Sidek, Kim Azzim bersyukur & teruja atas kepercayaan yang diberikan.

Featured Wed, 12 Feb 2020
error: Content is protected !!