Hiburan By: Padin March 8, 2024 @ 3:19pm

“Mereka Sanggup Beri 3 Kali Ganda” – Dapat Tawaran Ratusan Ribu Ringgit Jadi Duta Baju Melayu, Nabil Ahmad Kekal Setia

Pengacara terkenal, Nabil Ahmad, 40, mendedahkan dia menerima tawaran bergelar duta jenama baju Melayu terkenal berjumlah ratusan ribu ringgit namun menolaknya kerana setia dengan jenama sama untuk tahun kesembilan.

Menurut pemilik Nabil nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, bayaran yang tinggi bukanlah keutamaan kerana dia mengingati jasa baik Jakel terhadap dirinya.

“Sejujurnya, ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Kalau saya gelap mata, saya dah ambil. Tapi saya berfikir semula, semuanya adalah kerana kesetiaan.

“Saya ingat lagi, saya kurang menerima tawaran yang datang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara salah satu klien yang telefon saya dan memberi tawaran kerja adalah Jakel. Jadi, saya memang ingat jasa mereka.

“Baru-baru ini, saya terima tawaran sebuah jenama lain. Banyak juga mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta. Mereka kata, berapa Jakel bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar ‘double’, pihak itu sanggup bayar ‘triple’.

“Bagi saya, situasi sebegitu nampak seperti mereka nak berlawan. Kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja, nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu, tapi saya tidak,” katanya.

Nabil ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah Nabil, dia tidak menyesal dengan keputusan untuk setia bersama Jakel kerana enggan bersikap mata duitan.

“Saya tidak sesal dengan keputusan saya, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini. Sebab di sini, kadang-kadang kalau tiada tawaran kerja pun, apabila saya risik dan bertanya, mereka memahami situasi saya dan mereka mewujudkan kerja yang saya boleh buat.

“Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk ibu bapa saya.

“Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya.

Dalam acara yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamek Jakel itu, mereka melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, Jakel turut melancarkan sketsa Raya yang dibintangi oleh Mimi Ernida, Lan Zailan, Mustaqim Bahadon, Halim Othman, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 29 Jul 2018

Malaysia Has Highest Diabetes Rate in Asia

We’re also part of the highest in the world.

Trending Wed, 18 Jul 2018

Gempar! Lepas 39 Pelajar, Guru Pula Histeria…

Sementara itu, Ustaz Zaki berkata, beliau ke sekolah itu selepas dihubungi pihak JPN dan mendapati keadaan agak kecoh apabila pelajar yang terkena histeria sedang menjerit dan berkelakuan agresif.

Hiburan Sat, 1 Oct 2022

Tya Arifin Tak Sangka Aktiviti ‘Turun Padang’ Viral – “Saya Sebak & Terharu Kerana…”

Selain banyak menumpukan perhatian terhadap keluarga, pelakon Tya Arifin kini memberikan fokus terhadap bidang perniagaan. Menjadi seorang ‘boss’ tidak menghalang Nurtria Wulandari, 28, untuk turut sama-sama turun padang berjumpa dengan pelanggan. Terkini, video Tya turun […]

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

EXO vs. BTS: Who’s Song Will be Playing at the FIFA World Cup 2018

It’s a bloodbath between to two artists’ fandom!

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Selepas Nazim Othman, Giliran Alvin Chong Pula Belajar Vokal Dengan Cikgu Popular Ini!

Antara selebriti yang menyertai Suara Academy ialah Janna Nick, Aiman Tino dan Nazim Othman. Anda bila lagi?

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

ASYIK STORYLINE SAMA JE, BOSAN! BETO KUSYAIRY BENGANG

Lumrah, apabila ramai peminat cerita dan filem melayu semakin beralih arah kepada cerita-cerita luar negara yang agak luas konteks pemikirannya jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan

Events Fri, 22 Nov 2019
Trending Mon, 15 Oct 2018

ALAMAK! Wanita Ini Cuba Terjun Jambatan Selepas Dapat Tahu Suami Curang Tapi…

Wanita berkenaan dipercayai tertekan dan kurang waras sebab suami curang dan berhutang dengan along. Hurm, stress sangat ni!