Fab Foodies! By: SGMS Enal February 27, 2018 @ 7:06am

Kelebihan Limau Kasturi Untuk Diri

Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman.Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C  dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

 Ubat Kurus
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari.  Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam.  Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

 Ubat Demam


Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.  Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat Hilang Bau Ketiak


Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh.  Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.  Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat Pening Kepala


Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya.  Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air.  Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

 Ubat Lelah
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli).  Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.  Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah.  Cukuplah diamalkan seminggu 

Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap dan garam.  Amalkan minum setiap pagi dan malam.

 
Tak salah mencuba jika betul dapat memulihkan kesihatan alhamdulilah. Jika bertambah melarat, silalah berjumpa dengan doktor ya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 19 Mar 2018

10 Tips Kurus Menjelang Hari Bahagia!

Kuncinya adalah konsisten, pasti impian korang untuk kurus tercapai! Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentu anda ingin kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu. Pastinya anda tidak mahu rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan anda seperti ‘tidak kena’ ataupun kurang.

Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

LIFESTYLE Mon, 28 Oct 2019

Gaji Minimum RM1,200 Bagi Individu Masih Bawah Anggaran Gaji Kehidupan Wajar

gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasangan tanpa anak

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
LIFESTYLE Tue, 1 Jan 2019

Sebab- Sebab Individu Tidur Berdengkur

Berdengkur Boleh Hentikan Nafas Lebih 10 Saat, Atasinya Dengan Cara Ini

Fab Foodies! Mon, 16 Apr 2018

Bubble Tea Toast: Has Innovation Gone Too Far or Just Right?

For the first time ever, bubble tea went viral but not in the form of a drink.

Fab Foodies! Tue, 12 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pari Asam Pedas

Nah, korang tak perlu meredah jem hanya semata-mata nak nikmati Pari Asam Pedas, check itu out resepi yang dikongsi oleh Chef Imelda Harris. Mudah!

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
Fab Foodies! Fri, 17 Nov 2017

Anak Tak Mahu Makan Nasi? Cuba Nugget Nasi

Anak Tak Mahu Makan Nasi? ‘Kaburi’ Mata Anak Dengan Tukarkan Nasi Putih Kepada Nugget Nasi