Oh Lawa By: Yanie Baharom December 24, 2018 @ 2:00pm

Versatiliti Statement T-Shirt Hijab & Heels, Apa Stail Pun Boleh!

Topik fesyen yang dibawakan Hijab & Heels kali ini cukup istimewa di mana penulis ingin memberi highlight kepada produk best seller kami iaitu our statement t-shirt.

Skeptikal terhadap limitasi pemakaian t-shirt hanya boleh disuai padan dengan celana, harus dibuang jauh!

Malah kami membuktikan bahawa t-shirt boleh dipelbagai gayakan dan apa yang perlu anda lakukan adalah sedikit imaginasi dan berani dalam melakukan inovasi gaya.

Berganding bahu bersama jenama @hashtagsrihartamas kami memberi sepenuh kepercayaan kepada pemilik label itu, Shereen Effendy Lee, mencipta stail yang berbeza-beza dengan menggunakan statement t-shirt kami.

Shereen (tengah) diapit oleh barisan model.

Menjadikan ia lebih istimewa, kolaborasi di antara Hijab & Heels dan Hashtag Sri Hartamas dipertontonkan kepada ribuan pengunjung Anggun Life pada 9 Disember lalu, bertempat di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Menampilkan lima model kesemuanya, Shereen menghasilkan 10 styling untuk lima look yang bersesuaian dengan personaliti model. Acara pertunjukkan fesyen itu diketuai oleh peragawati muslimah, Asyu Vianna yang mengenakan look Ms Chic!

Foto: Muhammad Muctar

Asyu Vianna dalam look Ms Chic! / Foto: Muhammad Muctar

Manakala pelakon baru meningkat naik juga seorang model, Fieza Jolie, sebagai Ms Party. Gadis petite berwajah Korea, Shadiyana pula menghidupkan gaya Ms Streetwear.

Sementara pemilik berwajah ayu, Yulia Yuliza menterjemahkan gaya Ms Elegant dan si manis Bella Daud pula selaku Ms Casual. Setiap seorang model memperagakan dua pasang persalinan mengikut look yang ditetapkan.

Foto: Muhammad Muctar

Fieza Jolie dalam look Ms Party / Foto: Muhammad Muctar

Segmen 45 minit itu ternyata memberikan idea kepada pengunjung terutamanya wanita untuk lebih kreatif dalam penggayaan t-shirt.

Shereen berkata, statement t-shirt Hijab&Heels yang didatangkan dalam rona hitam dan putih, bukan saja cantik bahkan boleh digayakan dengan apa jua stail asalkan berkeyakinan dan berani mencuba.

Foto: Muhammad Muctar

Shadiyana dalam look Ms Streetwear / Foto: Muhammad Muctar

“Pertamanya terima kasih Hijab & Heels di atas undangan ini serta memberi kepercayaan kepada saya untuk menata gaya model yang terbabit dalam acara catwalk.

“Lima look yang saya tampilkan itu cuma sebahagiannya saja. Sebenarnya statement t-shirt Hijab&Heels yang super cantik ini boleh dipelbagai gaya lebih daripada jumlah itu sebenarnya.

“Apa yang penting, saya ingin berkongsi tips dan idea bagaimana wanita boleh kelihatan stylish dan menarik tatkala menggayakan t-shirt yang tidak semestinya dipadan dengan seluar saja.

“Sekaligus menjadikan pemakaian t-shirt daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Saya berharap perkongsian ilmu fesyen ini dapat memberi idea dan manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Foto: Muhammad Muctar

Yulia Yuliza dalam look Ms Elegant / Foto: Muhammad Muctar

Selain statement t-shirt kami yang  dijual pada harga RM15 itu, Hijab & Heels turut menjual koleksi merchandise yang cukup menawan seperti pouch bag (terdapat dalam dua seleksi warna putih dan hitam), tuala muka, topi, yoga mat, water tumbler dan banyak lagi.

Latar belakang The Hashtag

Menyingkap latar belakang The Hashtag™, ia diasaskan pada tahun 2013, pada ketika trend membeli secara online masih di peringkat permulaan.

Shereen membayangkan pembelian produk fesyen secara atas talian akan berkembang secara besar-besaran, oleh itu pihaknya telah menamakan koleksi keluaran labelnya sebagai, The Hashtag™.

Foto: Muhammad Muctar

Bella Daud dalam look Ms Casual / Foto: Muhammad Mucta

Sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Kreatif jenama itu, Shereen berpaksi kepada falsafah perniagaan di mana rekaan koleksi The Hashtag™ adalah berinspirasikan gaya wanita kontemporari, di mana pilihan fabrik disatukan dengan padanan kreatif rona-rona, corak dan rekaan unik.

Foto: Muhammad Muctar

Sementara ilham rekaannya pula berasaskan falsafah, “Redefined Treasure, Renewed Silhouette“. Oleh itu, pihaknya berhasrat untuk mengetengahkan gaya vintaj klasik dengan kombinasi gaya “Boho-chic” agar koleksi kami relevan dengan trend masakini.

Bagi anda yang ingin melihat keunikan rekaan The Hashtag Sri Hartamas, boleh check it out koleksi terkini jenama berkenaan dengan melayari laman web www.thehashtag.com.my dan Instagram @hashtagsrihartamas

Atau boleh kunjungi butik-butik berikut:

Style Annexe: Lot 17,18 & 19, G3, Publika Shopping Gallery 50480 Kuala Lumpur

TWENTY2: No.9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, B, 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 28 Nov 2019
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 15 May 2018

Fizi Woo Dedah Sejarah Era Revolusi Perancis 1780-an Menerusi Koleksi The Bread Winner

Koleksi The Bread Winner diinspirasikan daripada sejarah perjuangan golongan wanita semasa Revolusi Perancis 1780-an.

Featured Thu, 7 Nov 2019

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Shweta Sekhon promosi kempen #yourbodyyoursay

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Featured Fri, 28 Feb 2020
Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Featured Wed, 8 Apr 2020

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Lembut dan selesa, tidak rengsa pada kulit

Featured Wed, 13 May 2020

Buat 5 perkara ini, kuku pasti sihat!

Kuku sempurna lonjak keyakinan diri