Sihat By: tex_admin September 24, 2019 @ 5:39pm

Kebaikan mengambil sarapan yang perlu anda tahu!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Sarapan merupakan hidangan pertama yang akan dijamah sebelum anda memulakan rutin harian. Biasanya hidangan yang diambil agak ringan atau ala kadar sahaja oleh kebanyakan individu kerana ada yang memberi alasan kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan pada pagi hari atau tidak berminat untuk bersarapan. 

Kenyataannya, setiap kali anda bangun dari tidur, badan kekurangan tenaga dan sarapan penting untuk membekalkan tenaga agar segala aktiviti dapat dimulakan dengan penuh cergas dan produktif! 

Cuba bayangkan sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi dan kekurangan tenaga untuk menjalankan rutin harian, pastinya badan akan berasa lesu dan tidak mustahil anda akan berhadapan masalah mengantuk juga.

Oleh itu, jangan abaikan sarapan kerana ada banyak kebaikan jika anda mengambilnya.

Antara kelebihann mengambil makanan pada waktu pagi adalah:

1. Anda kekal fokus 

Antara hikmah mengambil makanan yang betul ketika bersarapan, seseorang itu akan dibekalkan dengan serat dan nutrien yang diperlukan untuk badan. Hal ini  penting bagi menghasilkan tenaga untuk keperluan harian, selain membantu seseorang itu menumpukan perhatian terhadap apa yang dilakukan. 

Perut yang lapar boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk memikirkan perkara yang lain selain makanan! Selain itu, kajian yang dibuat di Universiti Swansea mendapati bahawa sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa akan dimanfaatkan ketika waktu tidur. Oleh itu, sarapan yang mengandungi glukosa dapat mencerdaskan minda. 

2. Meningkatkan kadar metabolisme  

Foto: sweetadibah.wixsite.com

Merujuk kepada International Food Information Council  (2013)  mengatakan bahawa sarapan boleh meningkatkan kadar metabolisme kerana ketika tidur, paras gula dalam darah adalah rendah. Oleh itu,  seseorang itu perlu menambah tenaga untuk mengimbangkan kembali paras gula dalam badan. 

Jika tidak, otak akan memberi isyarat untuk menurunkan metabolisme badan dan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan. Seelok-eloknya, anda harus mengambil sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur. 

3. Mengelakkan gastrik

Foto: productnation.co

Sesetengah orang mempunyai penyakit gastrik apabila pemakanannya tidak teratur. Ia boleh terjadi apabila dia tidak mengambil makanan pada awal pagi. 

Perkara itu berlaku apabila sistem badan tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik, justeru penting mengambil sarapan walaupun hanya sekeping roti. 

4. Menghindari obesiti

Foto: doktoroncall.com.my

Obesiti terjadi apabila seseorang itu tidak makan secara seimbang. Tidak mengambil sarapan boleh menjadi punca seseorang itu obes kerana dia akan berasa lapar dan secara tidak langsung menyebabkannya makan dalam kuantiti yang banyak ketika tengah hari. 

Anda juga akan lebih cenderung untuk makan lebih kerap makanan ringan seperti keropok dan biskut yang mungkin mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Dalam hubungan itu, sarapan mampu mengawal pengambilan makanan sepanjang hari. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Sihat Tue, 13 Nov 2018

Stay Healthy Meskipun Anda HIV Positif, Ini Informasi Pemakanan Sihat Perlu Anda Tahu

Jangkitan HIV yang tidak terkawal boleh menjadi bertambah teruk kepada peringkat akhir perkembangannya iaitu penyakit AIDS.

Sihat Thu, 5 Jul 2018

Lindungi Anak Daripada Virus Merbahaya Dengan Mengambil Suntikan Vaksin Pneumococcal

Vaksin pneumococcal ini sangat bagus untuk lindungi anak anda.

Sihat Fri, 11 May 2018

5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah Anemia. Wajib Ambil Tahu!

Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami anemia, 5 jenis makanan ini bagus untuk anda!

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Sihat Mon, 16 Jul 2018
Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Featured Thu, 23 Apr 2020

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Minta nasihat doktor agar penyakit dapat dikawal