Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops May 15, 2018 @ 5:00pm

Ikuti 3 Tip Ini Supaya Anak Anda Mula Biasakan Diri Dengan Memakan Makanan Sihat

Memang susah kalau nak urus pemakanan anak anda jika gaya pemakanan sihat tidak ditekankan sejak mereka kecil lagi.

Obesiti kanak-kanak pula semakin serius sekarang ini, jadi anda perlu membuat keputusan bijak ketika menyediakan makanan untuk keluarga anda.

Di sini ada beberapa tip yang anda boleh guna untuk memperbaiki diet anak anda.

1. Mulakan hari dengan sarapan yang sempurna

Foto: www.kdnovelties.com

Dah memang terbukti yang sarapan adalah waktu makanan yang paling penting di dalam sehari. Ia boleh membekalkan tenaga, menajamkan tumpuan minda terhadap sesuatu perkara dan mengurangkan kemungkinan untuk anda memakan snek yang kurang sihat.

Walau bagaimanapun, sesetengah jenis makanan lebih bagus untuk sarapan daripada jenis makanan lain. Gantikan bijirin yang manis (yang terbukti boleh mengakibatkan masalah gigi, penambahan berat badan dan masalah perangai) dengan alternatif yang lebih sihat seperti oat, buah segar, telur dan granola.

2. Cuba makan 5 jenis sayur setiap hari

Foto: themummyproject.com

Ada stigma berkaitan dengan sayur-sayuran yang membuatkan kanak-kanak tak berminat langsung untuk makan. Jadi kalau nak paksa mereka untuk makan 5 jenis sayuran sehari, memang mencabar. Mereka mungkin tidak suka bagaimana sayuran selalunya rasa tak sedap, jadi anda boleh cuba mengubahsuai resipi anda supaya ia bukan saja rasa lebih menarik tapi nampak lazat. Selain sayur, buah-buahan pun berguna. Kisarkannya hingga menjadi smoothie atau shake, tapi ingat, jangan gunakan gula atau bahan pemanis lain.

3. Perkenalkan mangkuk buah

Foto: www.istockphoto.com

Beberapa blogger kekeluargaan telah diminta untuk berkongsi tip tentang pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Donna dari What The Redhead Said berkata dia telah letakkan semangkuk buah-buahan di atas meja makan untuk menggalakkan anak-anaknya makan lebih banyak buah.

“Kanak-kanak suka memakan snek, dan kami mendapati yang mereka takkan pilih untuk makan buah-buahan jika mereka tak nampak buah-buahan tersebut.

“Jadi kami telah meletakkan mangkuk buah ini di kawasan yang paling sibuk di rumah kami, yang anak-anak kami boleh ambil sendiri bila mereka rasa lapar di antara setiap waktu makan. Kini bila mereka inginkan snek, mereka hanya makan buah dan mereka menggemarinya.”

Hmm, macam mudah. Jom cuba!

Sumber: National Fostering Agency

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 26 Nov 2019

Masalah kesihatan gigi kanak-kanak Malaysia membimbangkan

Ketahui bahan penting dalam amalan penjagaan gigi

Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Sihat Wed, 24 Jul 2019

Darah nifas tidak normal, apakah simptomnya?

Jika kritikal, wanita mungkin terpaksa membuang rahim!

Featured Tue, 5 May 2020
Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.

Featured Wed, 21 Nov 2018
Featured Thu, 23 May 2019
Featured Mon, 23 Mar 2020
Sihat Thu, 19 Jul 2018

5 Makanan Berkalori Tinggi Yang Sebenarnya Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Selama ini, anda tertipu! Gerenti anda takkan sangka yang makanan ini bagus sebenarnya.

error: Content is protected !!