Categories: FeaturedSihat

Bolehkah minum air terlalu banyak ketika sahur? Ini jawapan lawak Kevin Zahri

Badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari, namun apabila bulan puasa, ramai yang sukar untuk mengamalkannya. Bagaimana untuk minum air yang mencukupi seperti yang disarankan?

Seorang pengikut di laman sosial Instagram Kevin Zahri bertanya bolehkah seseorang mengambil air sebanyak dua atau tiga liter sekali gus ketika sahur untuk menampung keperluan air yang diperlukan badan.

Kredit gambar: Hana Hanis

Menjawab kepada soalan berkenaan, selebriti kesihatan dan kecergasan itu berkata cara berkenaan tidak digalakkan kerana minum air secara berlebihan tidak akan membantu seseorang itu untuk berasa tidak haus ketika berpuasa.

“Tidak, kita bukan unta yang boleh menyimpan air yang banyak. Lagi banyak air yang diminum, lagi banyak air yang akan dibuang atau dikeluarkan sebab badan tidak boleh menyimpan air yang terlalu banyak dengan tiba-tiba.

“Walaupun minum dua atau tiga liter air sekali pun, kita akan kencing banyak dan akan haus juga. Mahu tidak mahu, itu adalah antara cabaran berpuasa.

“Nasihat saya, minum air sebanyak dua hingga tiga gelas sahaja ketika sahur dan berdepan dengan realiti bahawa kita semua akan berasa haus ketika berpuasa,” katanya menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat di laman Instagramnya.

Berikut adalah cara atau cadangan minum air yang boleh anda praktikkan ketika bulan puasa.

1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas Tarawih
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun sahur
1 gelas selepas makan sahur

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

atau;

2 gelas ketika bersahur
4 gelas air ketika berbuka
2 gelas air sebelum tidur

Semoga bermanfaat!

Kredit sumber: Instagram Kevin Zahri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan YouTube Omar & Hana

Ad Ops