Categories: Eat TravelFeatured

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Biskut cip coklat merupakan salah satu comfort food untuk ramai orang di serata dunia. Kanak-kanak suka, orang dewasa pun suka.

Malangnya sesetengah orang tak boleh makan makanan yang mengandungi bahan ramuan tenusu (dairy). Dan selalunya itulah ramuan penting dalam resipi kek dan biskut.

Jika anda salah seorang daripada mereka, jangan risau kerana ada saja alternatif lain. Dah ada banyak resipi alternatif di Internet.

Salah satunya adalah resipi untuk biskut cip coklat. Jika berminat nak cuba, rujuk video tutorial ini, ya!

Bahan-bahan

  • 100 gram gula
  • 150 gram gula perang dimampatkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 120 gram minyak kelapa cair
  • 60 ml susu non-dairy
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 185 gram tepung
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 115 gram coklat kurang manis, jenis vegan
  • 115 gram dark chocolate, jenis vegan

Cara penyediaan

  1. Di dalam mangkuk besar, pukul gula, gula perang, garam dan minyak kelapa hingga sebati.
  2. Masukkan susu dan ekstrak vanilla hingga semua gula dah larut dan adunan halus.
  3. Tapiskan tepung dan baking soda ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan spatula. Jangan kacau terlebih!
  4. Masukkan kepingan coklat dan kacau hingga rata.
  5. Letakkan di tepi selama 30 minit. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius.
  6. Scoop adunan dengan pencedok ais krim dan letakkan ke atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak. Pastikan ada sekurang-kurangnya ruang 2 inci di sekeliling biskut dan bahagian tepi loyang itu supaya biskut boleh kembang dengan rata.
  7. Bakar selama 12 ke 15 minit atau hingga biskut bertukar perang. Biarkan sejuk sebelum makan.

Sumber: Tasty

Ad Ops