Categories: FeaturedSihat

Malas Bersenam? Ikuti 5 Teknik Senaman Yang Ringkas Tapi Berkesan Ini

Ramai orang ingat kalau nak bersenam, anda kena pakai pakaian sukan. Lepas dah bersiap, anda kena keluar rumah dan pergi ke taman rekreasi atau ke gimnasium.

Renyahnya! Pengalaman anda bertambah tak best apabila anda mula melakukan aktiviti senaman itu, seperti berjogging atau berlari di atas treadmill. Sekejap-sekejap tak apalah, tapi kalau kena buat selama berjam-jam? Tak ke bosan?

Hmm… Itu pun kalau anda berjaya keluar rumah in the first place. Cabaran terbesar dalam situasi ini adalah nak bangun untuk mula bersenam. Kalau malas dari awal lagi, susahlah.

Tak apa, tak apa. Jika anda malas macam mana sekalipun tapi hakikatnya anda kena juga bersenam, tak perlu risau. Ada beberapa teknik senaman yang sesuai untuk golongan macam anda.

Seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah, anda tak perlu bersusah-susah kerana semua teknik ini dikira senang macam makan ‘kacang putih’. Anda tengok pun boleh tahu!

Yang paling menarik, anda tak perlu keluar rumah atau ke gym! Nak buat depan TV pun boleh!

Ringkas dan mudah, kan? Setiap satunya patut dibuat sebanyak 20 kiraan untuk 3 kali.

Kalau anda rasa senaman ini tak cukup, silalah pergi ke gym.

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops