Gaya Hidup By: Padin August 22, 2023 @ 10:33am

Berita Baik Buat Pelajar PKSK & SPM, Ayuh Atur Strategi Peperiksaan Bersama Klinik Didik!

Debaran peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kian terasa. Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) telah mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Didik khusus untuk membantu pelajar mengatur strategi yang berkesan dalam menjawab kertas soalan subjek teras.

Klinik anjuran RTMP ini mengandungi dua kategori, iaitu Klinik Didik SPM (Bahasa Malaysia, Sejarah & Matematik) dan Klinik Didik PKSK (Bahasa Malaysia, Matematik & Sains). Dengan bayaran hanya RM200 bagi satu sesi klinik, pelajar akan diberikan pendedahan mengenai teknik-teknik yang berkesan untuk menjawab soalan dan analisis soalan mata pelajaran wajib lulus dengan cara yang mudah. Pelajar turut diberi himpunan soalan analisis SPM & PKSK yang terdahulu bagi membantu setiap pelajar merancang pembelajaran dengan lebih teratur. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar bagi merebut slot anda di laman sesawang www.buletintv3.my/klinikdidik.

Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, “Ini merupakan julung kali Rangkaian Televisyen Media Prima menganjurkan Klinik Didik PKSK (Tahun 6) dan Klinik Didik SPM. Kami ingin membantu para pelajar mempersiapkan diri dari segi minda dan fizikal, berkongsi teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan mudah serta membina keyakinan diri bagi menempuh peperiksaan penting ini. Kami yakin dengan kerjasama guru-guru berpengalaman yang bakal mengendalikan klinik ini dapat memanfaatkan para pelajar nanti. Buat masa ini, kami akan fokus kepada pelajar sekitar Lembah Klang dan Selangor. Setakat ini, kami telah menerima penyertaan yang memberangsangkan. Jadi, bagi mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang ini dan lekas merebut tempat di sesi klinik yang disediakan.”

“Walaupun program yang diaturkan amat padat dari awal pagi hingga ke petang, namun ia diselangselikan dengan aktiviti agar pelajar sentiasa segar, aktif dan bertenaga untuk mengikuti sesi seterusnya. Pelajar – pelajar hanya perlu fokus dalam sesi klinik ini, kerana keperluan seperti set alat tulis dan makanan disediakan oleh pihak kami sepanjang bengkel berlangsung. Sebagai tanda penghargaan, Klinik Didik turut memberikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada setiap pelajar di sesi akhir klinik,” tambah beliau lagi.

Klinik Didik ini merangkumi empat sesi klinik, iaitu dua klinik untuk pelajar SPM dan dua lagi klinik untuk pelajar PKSK. Ia akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan dikendalikan oleh guru-guru cemerlang yang berpengalaman dan pakar dalam mata pelajaran teras. Berikut adalah lokasi terpilih:

Pendedahan pelajar untuk mengetahui teknik-teknik menjawab peperiksaan adalah penting bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan dalam menjawab peperiksaan. Program ini dirancang untuk memberi pengetahuan kepada pelajar, mendapat maklumat terkini dan cara mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan melalui strategi dan teknik yang betul dengan pendedahan format soalan yang biasa dan terkini yang perlu diketahui oleh pelajar serta skema pemarkahan oleh pemeriksa. Melalui program ini juga diharap semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan PKSK dan SPM dengan penuh yakin dan persediaan secukupnya khususnya dari segi strategi dan informasi.

Tunggu apa lagi? Ayuh daftar sekarang di laman sesawang www.buletintv3.my/klinikdidik dan atur strategi peperiksaan anda bersama Klinik Didik SPM yang bakal berlangsung di NSTP Balai Berita Bangsar pada 26 Ogos 2023 dan Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 9 September 2023. Manakala Klinik Didik PKSK pula akan mengambil tempat di NSTP Balai Berita Bangsar pada 2 September 2023 dan Universiti Putra Malaysia pada 16 September 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Sep 2019
Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Confirm Ke Pinggang Ramping? Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Korset Buat Otot Bertukar Jadi Lemak Jika…

Namun, benarkah pemakaian korset ini membantu mendapatkan postur badan yang anda dambakan atau sebaliknya?

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pulak mata nak pejam.

Gaya Hidup Tue, 3 Apr 2018

Nak Makan Churros Yang Panas Dan Sedap? Jom Serbu Street Churros Sekarang

Street Churros, jenama makanan yang sememangnya gah sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia.

Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018
Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Malunya Kasut Berbau Hapak! Ikuti 7 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Bau Itu

Kaki anda kuat berpeluh? Sebab itulah bakteria boleh membiak di dalam kasut dan menyebabkan kasut berbau.