Oh Lawa By: Ad Ops March 13, 2019 @ 4:00pm

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Setiap kali Minggu Fesyen berlangsung, peminat industri fesyen pastinya akan memfokuskan pandangan mereka ke arah pentas runway.

Peragawan dan peragawati akan menonjolkan gaya fesyen yang akan menjadi relevan dalam masa beberapa bulan selepas itu.

Tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih terkini dan cepat untuk didapati, anda patut semak gaya pakaian jalanan.

Golongan instafamous yang memperagakannya sering memakai item pakaian yang sudah pun dijual di pasaran dan mempamerkan trend penggayaan yang anda boleh tiru sekarang juga.

Dari sinilah kita boleh lihat warna yang akan sentiasa muncul dalam industri fesyen tidak lama lagi. Untuk kekal relevan dengan trend masa kini, anda perlulah pilih pakaian dengan warna ini.

Jom lihat apa warna yang dimaksudkan menerusi gambar di bawah yang diambil dari minggu fesyen di seluruh dunia baru-baru ini.

Baby blue

Dari aksesori ke baju sejuk, warna ini menampakkan setiap item pakaian satu sentuhan yang lembut tetapi menarik perhatian.

Foto: Line & Dot

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Saks Potts

Hot pink

Orang tidak lagi memilih warna ‘millennial pink’! Sebaliknya rona yang lebih digemari sekarang ialah yang lebih terang. Ia boleh disesuaikan dengan warna putih, krim, merah dan rona merah jambu. Aksesori berwarna hitam pun cantik!

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Prada

Ungu lavender

Pernahkah anda lihat warna bunga lavender? Warna ungu itulah yang kita cari. Rona ini cukup menyerlah jadi anda boleh memakainya sebagai satu item pakaian atau sebagai gabungan beberapa item yang memberikan rupa monokrom.

 

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Cult Gaia

Hijau Muppet

Rona hijau ini ternyata sedikit terang tapi jangan takut untuk menggayakannya. Ia sesuai dipadankan dengan warna neutral seperti putih, hitam dan kuning air. Selain itu, rona hijau lain pun boleh.

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Whistles Limited

Foto: Sun Buddies

Kuning mustard

Warna ini sangat versatil dan boleh dipakai dalam bentuk apa jua item pakaian. Jika anda inginkan perhatian daripada orang ramai, inilah rona yang anda perlu pakai.

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Szymon Brzóska/The Style Stalker

Foto: Jacquemus

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 22 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019

Perlukah gunakan ‘toner’ setiap hari? Ini jawapan daripada pakar

Ia tertakluk kepada jenis kulit yang dimiliki.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Kedai Barangan Penjagaan Kulit UK, LUSH Cosmetics Akan Buka Cawangan Di Malaysia!

Peminat barangan skincare akan rambang mata di kedai ini!

Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Oh Lawa Wed, 25 Jul 2018

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Kalau tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda!

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

Featured Wed, 25 Mar 2020