Sihat By: Yanie Baharom August 22, 2019 @ 2:55pm

10 tanda gadis sudah tidak perawan

Apakah itu Selaput Dara?

Dalam istilah perubatan moden, selaput dara dipanggil sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan itu dilahirkan.

Kedudukannya adalah di antara satu atau dua sentimeter dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut liang vagina. Selaput ini sangat nipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membran ini tidak berfungsi, namun ia tetap menjadi beban yang sangat berat kerana gadis dinilai keperawanannya menerusi ‘selaput dara.’

Adakah semua gadis dilahirkan mempunyai selaput dara?

Menurut Dr Nik Shafik, seorang doktor perubatan merangkap Pengamal Perubatan Terapi Komplimentari dan Tradisional (TCM), tidak semua gadis mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian di Eropah yang mendapati ada bayi perempuan yang lahir tanpa selaput dara.

Apakah yang menyebabkan Selaput Dara Pecah?

Biarpun hanya sekadar lapisan lendir, selaput dara sangat anjal dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya boleh koyak apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat, seperti terlalu aktif bersukan, menunggang basikal mahupun memanjat pokok. Itu adalah sebab yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan selaput dara koyak.

Apakah tanda-tanda gadis yang sudah hilang dara? 

1. Dahi

Gadis yang masih perawan, berdahi licin. Jika dia pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki, akan ada kedutan atau garis yang kadangkala boleh dilihat dengan kelas di dahinya ketika dia bercakap. Kedutan tiada perawan dengan kedutan penuaan adalah berbeza. Kedutan gadis yang sudah hilang perawannya adalah tidak begitu ketara kecuali ketika dia menunjukkan ekspresi tertentu, namun kedutan disebabkan faktor usia terlihat jelas dan kekal.

2. Hidung

Gadis yang masih dara, hujung hidungnya kemerah-merahan jika dicuit. Gadis yang sudah tiada dara, hujung hidungnya akan berwarna merah pucat. Kalau tidak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan?

 

Foto: Thefrisky

3. Mata

Mata jendela kepada hati kerana menersi mata, ia boleh membangkitkan rasa pada hati. Melihat keindahan menggunakan mata, lantas terdetik pada hati cantiknya si dia, seksi juga si gadis ini atau sopannya penampilan si polan itu. 

Kebiasaannya kita memandang wanita dan dia dikatakan cantik hanya berdasarkan pada pandangan luaran sahaja, dan sudah semestinya kita tidak mengetahui bagaimana pula dengan keasliannya yang sebenarnya. Cuba tengok matanya. Jika bahagian bawah kelopak mata sedikit lebam dan ada tanda kedutan, gadis itu sudah tidak suci atau sudah bersuami.

4. Buah dada

Tidak dinafikan buah dada adalah antara aset penting wanita dan menjadi daya penarik yang juga boleh menimbulkan berahi pada lelaki. Buah dada si dara akan kelihatan tegang berbanding si gadis yang sudah hilang daranya. Lazimnya buah dada gadis yang sudah tiada dara kurang tegang, sedikit membesar daripada saiz asal serta akan bergetar lebih sedikit jika dia berlari atau berjalan dengan laju. 

 

Puting buah dada yang kerap diramas pula, selain sedikit panjang dan terjojol, ia lebih besar berbanding kebiasaannya. Namun buah dada yang besar disebabkan ramasan dan yang besar kerana faktor semula jadi (alami) memang berbeza.

Foto: Chatelaine

5. Garis tapak tangan

Jika dia masih dara, kedua tapak tangannya mulus. Jika bukan dara lagi,  tapak tangannya akan berwarna pucat bila ditekan dan mengajal semula. Setelah melihat tapak tangan kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap dan jika terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti dia masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, jika kelihatan pucat walaupun ada rasa hangat, kemungkinan besar daranya sudah tiada.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya sebentar, kemudian lepaskan. Jika dia tidak berasa apa-apa, kemungkinan si gadis sudah tidak suci lagi. Tetapi jika  jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut, kemungkinan besar masih suci.

6. Perut

Ada pepatah berbunyi, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mengambil maksud tersirat daripada pepatah berkenaan, kalau pecah daranya, pasti pecah juga perut. Sekiranya si gadis pernah melakukan perhubungan jenis di luar nikah atau ada persentuhan dengan lelaki, perutnya akan berubah daripada bentuk asal. Ia akan kelihatan sedikit kembang dan buncit daripada biasa.

7. Rambut

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. Manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

8. Bibir

Bibir gadis yang pernah bercium lebih menarik dan cantik. Apabila berlaku pertemuan antara dua bibir, pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang lebih cantik dan segar.  Tapi jangan tersalah anggap kerana ada juga gadis yang tidak pernah bercium mempunyai bibir mulut yang cantik. 

Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah.

9. Faraj

Perihal ini sangat sulit untuk diketahui kecuali apabila bernikah. Gadis yang sudah hilang dara pintu farajnya sedikit terbuka, agak renggang dan menganjal. Jika dia masih perawan, farajnya sentiasa tertutup rapat.

10. Tumit kaki

Ini cara paling mudah untuk orang dulu-dulu tahu keperawanan seseorang wanita itu. Hujung tumit kaki akan dipicit dan lihat. Kalau darah kembali merebak dengan cepat, itu tandanya seseorang wanita itu masih dara manakala jika darahnya lambat mengalir, seseorang wanita itu sudah tiada dara.

Foto: Tribunnews

Jadi, apa pandangan anda mengenai panduan ini? Apapun semoga perkongsian ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Sat, 25 Apr 2020

Awas jangkitan malaria, cegah sebelum menjadi wabak

KKM sasar sifar malaria sempena Hari Malaria Sedunia

Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman

Sihat Tue, 11 Jun 2019

Berat badan naik mendadak ketika raya, ketahui tip pemakanan sihat sepanjang Aidilfitri

Jangan dah gemuk dan sakit, baru nak menyesal tak sudah

Sihat Thu, 16 May 2019

Suntikan O-shot atau vampire, mampu buat wanita cepat klimaks!

Tidak mencapai klimaks, topik terpencil dan jarang dibincangkan wanita.

Featured Wed, 21 Nov 2018
Sihat Thu, 27 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Esen Vanila Bukan Penawar Sakit Gigi! Hati-Hati Dengan Petua Di Internet

Esen vanila hanya kebaskan saraf saja, tapi ia tetap memudaratkan!