Categories: FeaturedOh Lawa

Bujur, bulat, petak, hati atau panjang? Nah ini teknik aplikasi pemerah pipi yang betul!

Siapa yang tidak mengiginkan pipi merah bak pauh dilayang yang membuatkan raut wajah kelihatan sempurna. Dengan helah dan teknik solekan, tiada yang mustahil!

Teknik solekan yang betul bukan sahaja mampu mencipta ilusi dan keseimbangan simetri wajah, malah anda boleh menjadi sesiapapun yang diinginkan. Tetapi dengan satu syarat, perlu ada kemahiran.

Justeru itu hari ini, Hijab & Heels ingin berkongsi panduan memakai pemerah pipi mengikut kesesuaian wajah.

1. Bujur

Foto: GH

Buat si pemilik wajah bujur sirih, aplikasikan pemerah pipi secara memutar di bahagian tengah pipi, kemudian ke arah bahagian pelipis mata. Melalui cara ini akan menonjolkan tulang pipi tanpa terlihat berlebihan.

Foto: GH

2. Bulat

Foto: GH

Wajah bulat jika tersalah langkah menggunakan pemerah pipi boleh membuat wajah tampak lebih besar. Pemakaian pemerah pipi untuk wanita yang berwajah bulat, sebaiknya dimulakan pada bahagian bawah tulang pipi ke arah sudut mata. Oleskan pemerah pipi dengan gerakan dari atas ke bawah. Cara ini memberikan kesan pada wajah menjadi lebih tirus dan runcing.

Foto: GH

3. Petak

Foto: GH

Sapukan pemerah pipi dengan cara memutar dan fokus pada bulatan pipi, cara ini untuk menyamarkan bentuk rahang. Bila menginginkan bentuk rahang bulat, kamu perlu menyapu pemerah dari dagu ke bahagian bawah telinga secara nipis.

Foto: GH

4. Hati

Foto: GH

Untuk wajah berbentuk hati pula, kamu perlu menyapukan pemerah pipi dari arah tulang pipi ke arah telinga lurus secara melintang. Jika ingin wajah tampak lebih lebar, boleh ditambah ‘shading’ pada bahagian dagu dengan pemilihan warna yang lebih gelap daripada warna pemerah pipi yang digunakan. Impaknya, penampilan anda lebih feminin dan lembut.

Foto: GH

5. Panjang

Foto: GH

Bagi wanita yang memiliki wajah panjang, gunakan pemerah pipi tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.

Foto: GH

Oleh itu, selepas ini sebelum memakai pemerah pipi, kenal pasti dahulu bentuk wajah anda dan cuba teknik yang dikongsikan ini bagi mengelakkan hasil solekan keterlaluan dan kelihatan seperti badut.

 

Foto kredit: Good Housekeeping

Yanie Baharom