Categories: Eat TravelFeatured

Uniknya bazar Ramadan kali ini. Menu wajib tepung pelita dan roti john semuanya boleh beli dalam talian, hebat!

Tidak lagi perlu bersesak-sesak menempuh trafik dan berebut mencari parkir, konsep bazar Ramadan tahun ini mengketengahkan pendekatan yang berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Orang ramai kini boleh membeli menu kegemaran seperti tepung pelita, murtabak, ayam percik, roti john, ikan bakar sehinggalah air tebu secara dalam talian, dengan hanya membuat pesanan di hujung jari!

Foto: Gempak

Kerajaan yang pada mulanya tidak membenarkan sebarang penganjuran bazar Ramadan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi wabak COVID-19 ini dikuatkuasakan, kembali mempertimbangkan hal itu selepas mendengar keluhan peniaga yang hilang punca pendapatan sama sekali.

Akhirnya satu keputusan dicapai apabila kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama mereka bersama Grab Malaysia untuk membentuk ‘e-Bazaar’.

Bagaimanapun operasi e-Bazaar ini hanya terdapat di 15 kawasan sekitar Lembah Klang dan mungkin satu daripadanya berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Jom lihat senarai penuh 15 lokasi e-Bazar yang menyerikan suasana Ramadan sepanjang PKP.

Bazar Ramadhan Putra Perdana Puchong
Bazar Ramadhan OTK Puchong Prima
Bazar Ramadhan Kinrara BK
Bazar Ramadhan Kelana Jaya
Bazar Ramadhan Putra Heights Official

Bazar Ramadhan Alam Megah
Shah Alam Bazar Ramadhan Online 2020
Bazar Ramadhan Online Gombak
Bazar Ramadhan Online Wangsa Maju
Bazar Ramadhan Online Ampang 68000
Bazar Ramadhan Pantai Dalam
Bazar Ramadhan Saujana Utama
Bazar Ramadhan Online Sungai Buloh

Yanie Baharom